Showing posts with label Penghargaan. Show all posts
Showing posts with label Penghargaan. Show all posts

Thursday, September 2, 2010

Anugerah sebagai ganjaran

Assalamualaikum,
Saya baru sahaja selesai membaca buku yang bertajuk 'Rahsia Kekayaan Usahawan Korea - Kekayaan ada di mana-mana. Ianya merujuk kepada Kim Woo Choong, owner of Daewoo Company, Korea.

Saya amat tertarik dengan ulasan beliau mengenai tajuk diatas. Di dalam bab 31, dibawah tajuk 'Anugerah sebagai ganjaran', beliau mengatakan
"Anda boleh mengubah kehidupan seseorang dengan memberi ganjaran. Maka untuk tujuan pendidikan, kita perlu memberi banyak ganjaran dan hadiah kerana kita perlu menyedarkan manusia tentang pentingnya reputasi. Kebanggaan yang wujud apabila diberi pengiktirafan akan menyebabkan seseorang itu akan berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup."
"Manusia pada lazimnya suka mendengar pujian dan sanjungan, oleh itu mereka akan merasa gembira jika menerima hadiah walau sekecil mana sekalipun."

Saya teringat pengalaman sewaktu bekerja disyarikat MNC dahulu. Sewaktu saya kena berpindah pejabat, saya meminta tolong kepada seorang pekerja Bangladesh untuk sama-sama mengangkat barangan beserta kawan-kawan yang lain dan selepas selesai tugasan itu, saya membelanjakan dia secawan kopi daripada mesin kopi.
2 tahun selepas itu, sewaktu di pasaraya, saya didatangi oleh seorang mat Bangla. Saya tidak mengenalinya tetapi dia mengenalkan dirinya kepada saya bahawa dialah orang yang saya belanja kopi semasa saya berpindah pejabat 2 tahun lepas.

Lihat, walaupun saya cuma membelikannya kopi dengan harga 50sen, tetapi penghargaan yang saya berikan kepadanya itu, walaupun kecil pada pandangan kita, tetapi amat besar kesannya.

Apakata, kita praktikkan perkara yang sama kepada anak2 kita, dan lihat kesannya. Kepada yang telah melakukannya, syabas! dan teruskan. kepada yang belum, masih belum terlambat.