Wednesday, October 6, 2010

Pemberian satu pelaburan

Seorang atuk yang kelihatan bahagia air mukanya berumur lebih 80 tahun telah dilihat oleh seorang anak jirannya sedang menanam pokok durian.
"Eh, eh, atuk buat apa tu?" sapa anak kecil itu. "Oh, cu rupanya," jawab atuk itu. "Ni, atuk sedang tanam sebatang anak pokok durian". "Rajinnya atuk ni, tapi...sempat ke atuk merasa buah daripada pokok yang atuk tanam ni?" tanya anak kecil itu.

Orang tua yang bahagia itu berehat seketika sambil tersenyum. "Tak ada cu," jawabnya. Umur macam atuk ni, memang tak sempat punya. Tapi, sepanjang hayat atuk, atuk memang gemar memakan buah durian tapi tak pernah sekalipun daripada pokok yang atuk tanam sendiri. Kalau tidak kerana orang lain yang menanamnya, macam yang atuk buat ni, tak merasalah atuk dulu. Sekarang ni atuk sengaja nak balas balik budi baik orang lain yang tanam durian untuk atuk dulu." jawab orang tua dengan bahagia sekali.

Dalam mengamalkan adat memberi, seperti contoh, kita memakan buah durian, sering kali tanpa disedari adalah hasil manfaat daripada kebaikan budi orang lain yang telah ditaburi, barangkali bertahun-tahun dahulu.

Memberi pada hari ini adalah suatu pelaburan untuk kebahagiaan masa depan. Sungguh, tidak dapat kita jangkakan bilakah masanya, dimanakah tempatnya, atau dalam bentuk apa kebahagiaan ini akan muncul, tetapi yang pasti ia akan memberi keseronokan pada masa akan datang samada kepada diri sendiri, keluarga ataupun kepada orang lain