Wednesday, October 6, 2010

Pemberian satu pelaburan

Seorang atuk yang kelihatan bahagia air mukanya berumur lebih 80 tahun telah dilihat oleh seorang anak jirannya sedang menanam pokok durian.
"Eh, eh, atuk buat apa tu?" sapa anak kecil itu. "Oh, cu rupanya," jawab atuk itu. "Ni, atuk sedang tanam sebatang anak pokok durian". "Rajinnya atuk ni, tapi...sempat ke atuk merasa buah daripada pokok yang atuk tanam ni?" tanya anak kecil itu.

Orang tua yang bahagia itu berehat seketika sambil tersenyum. "Tak ada cu," jawabnya. Umur macam atuk ni, memang tak sempat punya. Tapi, sepanjang hayat atuk, atuk memang gemar memakan buah durian tapi tak pernah sekalipun daripada pokok yang atuk tanam sendiri. Kalau tidak kerana orang lain yang menanamnya, macam yang atuk buat ni, tak merasalah atuk dulu. Sekarang ni atuk sengaja nak balas balik budi baik orang lain yang tanam durian untuk atuk dulu." jawab orang tua dengan bahagia sekali.

Dalam mengamalkan adat memberi, seperti contoh, kita memakan buah durian, sering kali tanpa disedari adalah hasil manfaat daripada kebaikan budi orang lain yang telah ditaburi, barangkali bertahun-tahun dahulu.

Memberi pada hari ini adalah suatu pelaburan untuk kebahagiaan masa depan. Sungguh, tidak dapat kita jangkakan bilakah masanya, dimanakah tempatnya, atau dalam bentuk apa kebahagiaan ini akan muncul, tetapi yang pasti ia akan memberi keseronokan pada masa akan datang samada kepada diri sendiri, keluarga ataupun kepada orang lain

Thursday, September 2, 2010

Anugerah sebagai ganjaran

Assalamualaikum,
Saya baru sahaja selesai membaca buku yang bertajuk 'Rahsia Kekayaan Usahawan Korea - Kekayaan ada di mana-mana. Ianya merujuk kepada Kim Woo Choong, owner of Daewoo Company, Korea.

Saya amat tertarik dengan ulasan beliau mengenai tajuk diatas. Di dalam bab 31, dibawah tajuk 'Anugerah sebagai ganjaran', beliau mengatakan
"Anda boleh mengubah kehidupan seseorang dengan memberi ganjaran. Maka untuk tujuan pendidikan, kita perlu memberi banyak ganjaran dan hadiah kerana kita perlu menyedarkan manusia tentang pentingnya reputasi. Kebanggaan yang wujud apabila diberi pengiktirafan akan menyebabkan seseorang itu akan berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup."
"Manusia pada lazimnya suka mendengar pujian dan sanjungan, oleh itu mereka akan merasa gembira jika menerima hadiah walau sekecil mana sekalipun."

Saya teringat pengalaman sewaktu bekerja disyarikat MNC dahulu. Sewaktu saya kena berpindah pejabat, saya meminta tolong kepada seorang pekerja Bangladesh untuk sama-sama mengangkat barangan beserta kawan-kawan yang lain dan selepas selesai tugasan itu, saya membelanjakan dia secawan kopi daripada mesin kopi.
2 tahun selepas itu, sewaktu di pasaraya, saya didatangi oleh seorang mat Bangla. Saya tidak mengenalinya tetapi dia mengenalkan dirinya kepada saya bahawa dialah orang yang saya belanja kopi semasa saya berpindah pejabat 2 tahun lepas.

Lihat, walaupun saya cuma membelikannya kopi dengan harga 50sen, tetapi penghargaan yang saya berikan kepadanya itu, walaupun kecil pada pandangan kita, tetapi amat besar kesannya.

Apakata, kita praktikkan perkara yang sama kepada anak2 kita, dan lihat kesannya. Kepada yang telah melakukannya, syabas! dan teruskan. kepada yang belum, masih belum terlambat.

Thursday, July 29, 2010

Assalamualaikum.....
Ini adalah tulisan pertama untuk blog peribadi saya. blog ini bertujuan untuk membincangkan mengenai pendidikan anak2. Ramai yang bertanya saya mengenai rahsia bagaimana anak2 saya bijak dalam pelajaran? Alhamdulillah, sebenarnya itu yang pertama sekali saya perlu ucapkan kerana Allah telah mengurniakan saya anak2 yang bijak dalam pelajaran. Tidak ada rahsia yang khusus sebenarnya....